DOA MAJLIS PENUTUP MSSD BADMINTON


DOA MAJLIS PENUTUPAN

Ya Allah, Ya Karim ,Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk menghadiri dan berada dalam Majlis Perasmian Penutupan Badminton kejohanan Rembau pada hari ini


Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,sejahterakanlah penglihatan kami


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan !dengan usaha-usaha kami"mutu dan tahap sukan ini akan menggapai kecemerlangan sehingga kamidapat memberi sumbangan yang positif dan bermakna ke arah memajukan sukan di negara yang tercinta .
Ya hayyu Ya qayyum Ya 'al Jalali ikram ,Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami.Padukanlah tenaga dan usaha kami, Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaatan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan. semoga dengannya dapat kami berbakti kepada agama bangsa dan Negara


Ya Munzilalkitab Ya azimal ahzab ,Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM