Doa Majlis Penerimaan Slip SPM

DOA SEMPENA HARI PENERIMAAN SLIP SPM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
.................................................................................................................................................
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2020
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Pada saat ini juga, kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima keputusan  pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas segala nikmatMu. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah, agar keputusan yang diterima  pada hari ini menjadi  batu loncatan  ke arah kecemerlangan yang  lebih gemilang   pada masa hadapan

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan