Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016


SKRIP
PENGACARA MAJLIS



MAJLIS MAKAN MALAM
Setahun Bersama Seabad Terasa
SMK AGAMA PEDAS



Tarikh : 4 November 2016.
Masa : 8.00 – 11.00 malam
Tempat : Hotel Allason Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan
Penaung :YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.




Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.


UCAPAN PENGUMUMAN

 Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian  ke Majlis Makan Malam,  Setahun Bersama Seabad Terasa, SEMADAH.


UCAPAN PEMBUKAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut
Manisnya senyuman secantik ratu
        Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu


UCAPAN PROTOKOL


Yang Berbahagia Datuk Hj Omar b Osman, Yang Dipertua PIBG, SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail dan isteri.

Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail, Pn Maimun bt Bahari, Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran, Ust Jamaludin B Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ust Nor Iskandar B Muhammad, Penolong Kanan Kokurikulum,



Para pendidik  dan staf sokongan SEMADAH,

serta hadirin  hadirat yang dirahmati Allah.



Selamat datang ke Majlis Makan Malam , Setahun Bersama Seabad Terasa.
       
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt  kerana dengan  keizinanNya dapat kita sama-sama  berada dalam Majlis Makan Malam SEMADAH di Ballroom Alson Klana Resort yang serba nan indah  pada malam ini.


Moga  majlis ini dapat dijadikan  wadah untuk kita bersatu , bekerjasama dan bantu-membantu  demi membangunkan dan memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu Hassan Haji Sail di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.


BACAAN DOA

Ilmu ibarat cahaya penyuluh
Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon  agar selamat


Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Abd Aziz B Harun untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz B Harun  atas pimpinan bacaan doa sebentar  tadi.

Moga majlis ini  dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan ,  insyaallah.

Seterusnya, Majlis mempersilakan Puan Salina Bt Ujang, Pengerusi Kelab Guru & Staff untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Salina bt Ujang di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Para hadirin yang dirahmati Allah.
                

Tiada sempurna bacaan al Quran
Tanpa tajwid dan taranumnya
Tiada sempurna kata bicara
Tanpa  ucapan Tuan Pengetua

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...



Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful Bahrin bin Abu di atas ucapan beliau sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA


Dato, Datin dan para hadirin yang dirahmati Allah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu Hassan Haji Sail atau lebih dikenali dengan panggilan SEMADAH, yang telah dibina sejak tahun 1996 merupakan sekolah aliran agama yang sentiasa mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai kegemilangan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan sahsiah.

Kini, di bawah payung pimpinan Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin B Abu, diharap sekolah ini akan terus berjaya mencapai visi dan misinya.

Persembahan multimedia yang akan disaksikan sebentar lagi memperlihatkan harapan kita untuk memperkasakan pendidikan anak –anak SEMADAH.  Maka dengan itu, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan multimedia ini.
Dipersilakan…


Terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.









JAMUAN MAKAN


Bagus rupanya bunga melur
Putih warnanya sibunga pinang
Berukir, bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk  menjamu selera..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dif kehormat, guru-guru dan staf, serta para hadirin menjamu selera . Dipersilakan..
(Jamuan makan….)


CABUTAN UNDI


Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.


Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.

Kini tibalah masanya untuk acara selingan Cabutan Bertuah. Untuk acara Cabutan Bertuah ini , saya mempersilakan Puan Hanizah bt Satin untuk mengendalikannya.

Bagi Cabutan Bertuah Sesi Pertama, Majlis mempersilakan Ust Nor Iskandar B Muhammad untuk mencabut cabutan undi sebanyak 38 undi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....


Terima kasih diucapkan kepada Ust Nor Iskandar di atas cabutan bertuah tadi. Dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bertuah.

*******************************************************************

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk hari lahir, kelahiran cahaya mata, guru mengaji dan perpisahan. Dengan ini, majlis mempersilakan Puan Maimun bt Bahari, Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1)  Hadiah Hari Lahir

2)  Hadiah Kelahiran Cahaya Mata Puan Khalidah bt Khalid diwakili oleh Ustazah Syafiqah Muda

3)  Hadiah guru mengaji

-      Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru mengaji di atas aktiviti tahfiz,tahsin dan iqra yg telah dijalankan sepanjang tahun ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

4)  Hadiah perpisahan Puan Zubaidah bt Jaafar kerana melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di peringkat Sarjana.


Terima kasih diucapkan kepada Puan Maimun bt Bahari di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan pertukaran hadiah Para guru dan Staf SEMADAH. Dengan ini, Majlis mempersilakan Ust Jamaludin b Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada Ust Jamaludin B Yusof di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.


Majlis diteruskan lagi dengan CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA.Dengan ini, Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Haji Omar B Osman, Yang Dipertua PIBG SEMADAH untuk mencabut cabutan undi sebanyak 37 undi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.  


Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk di atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Semoga hubungan mesra PIBG dan Sekolah akan terus terjalin dengan baik demi kecemerlangan anak-anak SEMADAH.







Anugerah Kualiti

Hadirat hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah bagi anugerah khas para guru dan staf atau lebih dikenali dengan nama Anugerah Q. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SEMADAH untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah beserta sijil Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SEMADAH 2016. Dipersilakan...

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful Bahrin Bin Abu di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.


PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya Sebagai tanda ingatan dan kasih, majlis mempersilakan Yang dikasihi Puan Salina bt Ujang, Pengerusi Kelab Guru dan Staf  bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk dan Tuan Pengetua atas kesudian untuk bersama-sama kami pada malam yang penuh bermakna ini.
 


 Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Haji Omar B Osman, Yang Dipertua PIBG SEMADAH untuk menerima sedikit cenderamata dari Kelab Guru dan Staf SEMADAH.Majlis mempersilakan.
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk di atas komitmen, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada warga SEMADAH selama ini.

Seterusnya, kepada pemimpin dan murabbi kita, Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SEMADAH untuk menerima sedikit cenderamata dari Kelab Guru Dan Staf. Majlis mempersilakan.

RIbuan Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas usaha keras,komitmen dan dedikasinya dalam membangunkan SEMADAH serta tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada warga SEMADAH supaya terus maju ke hadapan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Salina binti Ujang atas penyampaian cenderamata sebentar tadi
















PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara
Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka....Selesailah sudah Majlis Makan Malam ,Setahun Bersama Seabad Terasa, SMKA DATO ABU HASSAN HAJI SAIL 2016.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih  atas kehadiran Dato’,datin, tuan-tuan,  puan-puan, serta anak-anak  ke Majlis Makan Malam Setahun Bersama Seabad Terasa yang diadakan pada malam ini.

Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan yang diberkati dan dirahmati Allah. Semoga  perpisahan kita juga selepas ini sebagai perpisahan yang  dipelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri.
Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Dengan ini majlis bersurai.
Disunting oleh :
EN. KR

Terima Kasih kepada pemilik asal Teks Puan Salina bt Ujang ;)

Comments

  1. Assalamualaikum.mohon share sbg panduan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Assalamualaikum Ustaz Kemar,
    Saya ingin meminta izin untuk menggunakan skrip ini sebagai rujukan Majlis Makan Malam. Saya juga sebagai wakil pelajar tingkatan tiga SEMADAH ingin mengirim salam kepada Ustaz.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. tak ingat muka mana satu..ramai sangat amir. ok mir. sory baru tgk. :)

      Delete
  3. Salam tuan saya mohon izan utk menggunakan teks ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya mohon izin menggunakan teks pengucapan ini untuk majlis jamuan akhir tahun.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam tuan. Saya mohon izin menggunakan tek pengucapan tuan sebagai panduan untuk teks ucapan majlis makan tahunan sekolah saya ya. Terima kasih banyak-banyak tuan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, mohon untuk gunakna teks ini sabagai panduan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. mohon share ye...terima kasih penyunting Ust Kemar & pemilik asal Pn Salina

    ReplyDelete
  8. Salam..mohon untuk menggunakan teks ini sebagai panduan..terima kasih

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,mohon izinkan saya untuk jadikan teks ini sebagai rujukan

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah mohon share sebagai panduan ya terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam. saya mohon share teks pengacara majlis ni

    ReplyDelete
  12. salam. Mohon share yaa...terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

.Assalammualaikum. السلام عليكم
.Sudi-sudi La Komen Yer.(^_^)
.TQ.

Popular posts from this blog

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM