Posts

Showing posts from May, 2012

Ungkapan ringkas Bahasa Arab 1

Image
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa ucapan atau ungkapan ringkas di dalam bahasa Arab 1) Bertanya kawan bilakah hari peperiksaan bermula مَتىَ يَبدَأُ الاِمتِحَان يا َصَدِيقِي؟     (? mataa yabdau al-imtihan yaa sodiiqii ) Makna :Bila peperiksaan bermula wahai kawanku ? 2) Ucapan selamat hari lahir kepada rakan anda كُلُّ سَنَة وَأَنتَ طَيِّب / عِيدُ مِيلاَدُكَ المبُاَرَك  يا َصَدِيق (kullu sanah wa anta toyyib / eid miiladuka almubarak ya sodiiq) Makna : Setiap tahun semoga kau dlm keadaan baik/ selamat hari lahir wahai kawan! 3) Abang melarang adik bercakap dalam masjid  لاَ تَتَكَلَّمْ فِي المَسْجِد يَا أَخِي!   (laa tatakallam fil masjid ya akhi!) Makna : Jangan bercakap dalam masjid wahai adikku! 4) Guru meminta pelajar-pelajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran اِجْتَهِدُوا يَا طَلَبَتِي فِي الدَّرْسِ     (ijtahiduu yaa tullaabii fii addarsi!) Makna :Bersungguh-sungguhlah wahai pelajar-pelajarku dalam pelajaran! 5) Memberitahu tetam

Ping pong كرة تنس الطاولة :)

Image
hari ini nak pergi bermain ping pong..nak hilangkan stress kerja dan sebagainya. Sebelum itu, izinkan saya bercerita tentang ping pong Peralatan Ping pong Ping-pong boleh dimainkan di dalam dewan atau luar  dewan. Peralatannya  tidak banyak. Ianya memerlukan sebuah meja, sebiji bola, bet pingpong dan 2  orang pemain atau 4 untuk bergu. Untuk mengawal permainan 2 orang pengadil  diperlukan.  Ciri-ciri meja pingpong. satu garisan putih yang tebal 2cm di setiap sisi meja  permukaan meja berwarna hijau atau biru pudar, permukaan meja boleh  diperbuat daripada apa sahaja tetapi mesti memberikan 'bum' bola lebih kurang  23cm tinggi apabila bola dijatuhkan pada ketinggian 30 cm, tinggi meja dari  lantai ialah 76cm, dan meja berbentuk segiempat tepat.  Ciri-ciri bola pingpong bola berdiameter 40mm, berwarna kuning atau putih,  diperbuat daripada bahan seluloid. Ciri-ciri jaring, panjang jaring ialah 1.85m  dengan tinggi jaring daripada permukaan m