Posts

Showing posts from July, 2019

DOA HARI GURU 2019

Image
Dalam majlis penuh keberkatan ini kami menadah tangan penuh kesyukuran memohon pengharapan dan keredaan daripada-Mu, Semoga Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-48 Tahun 2019 ini menjadi wadah untuk memartabatkan profesion keguruan, selaras dengan tema Hari Guru, “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”.  Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang berat dan penuh tanggungjawab. Justeru itu kurniakan kepada kami hati yang tabah dan penuh kesabaran dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Ikhlaskanlah hati kami dalam mendidik anak-anak generasi kami sebagaimana yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh ilmuan zaman silam. Bimbinglah kami agar dapat membentuk insan yang mencintai antara satu sama lain, mencintai masyarakat dan mencintai negara. Kurniakan ke dalam hati kami, nilai cinta dan kasih sayang, kegembiraan dan kebahagiaan serta saling menghormati sesama manusia.  Ya Allah jadikanlah guru-guru yang berjaya dan cemerlang s

Flipped Classroom Model: Why, How, and Overview

Image
Kesimpulan video ini tentang "KELAS TERBALIK" . Kebiasaannya pengajaran dilakukan di dalam kelas dan kerja rumah diselesaikan di rumah tetapi dengan model "KELAS TERBALIK" ini, pembelajaran dilakukan di rumah dengan guru bekalkan video, nota dan sebagainya dalam internet dan pelajar akan menyelesaikan kerja tersebut di sekolah. Idea yang menarik kerana banyak menjimatkan masa dan guru boleh melakukan sesi bengkel di dalam kelas.