Posts

Showing posts from March, 2020

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM

DOA SEMPENA HARI PENERIMAAN SLIP SPM بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ,  ................................................................................................................................................. Ya Allah Ya Karim Ya Wadud Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2020 Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini . Pada saat ini juga, kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada