TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445 H / 2023 M


TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH SMK DATUK ABDULLAH TAHUN 2023
 
Assalamualaikum wbt. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat sama-sama kita berkumpul pada 24 Muharram 1445 Hijrah di dewan yang mulia ini untuk majlis bacaan yasin dan sambutan maal hijrah .
 
Mohon para hadirin dan pelajar- pelajar bersedia untuk bacaan yasin sebentar lagi dengan mengambil surah yasin. Bacaan Yasin dan alunan  selawat Nabi pada pagi ini akan dipimpin oleh 
……………………………………………………………………………………………………………
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 

Terimakasihdiucapkan kepada ………………………………………………………………………… atas bacaan yasin dan alunan selawat sebentar tadi.
______
 

PERKARA

TEKS

ALUAN

 

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Lafaz Bismillahirranirrahim pembuka bicara.

 

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera

 

Yang Berbahagia,

Alfadhil Ustaz Amin Sarif,

Imam Muda Masjid Jamek  Daerah Rembau

 

Yang berusaha

En Muzaffar Nor Bin Muris,

Pengetua SMK Datuk Abdullah

 

Yang Dihormati,

Pn Rohana Binti Alias

Penolong Kanan Pentadbiran

 

 

Pn  Hasilina Binti Fadzil

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Pn  Zuraidah Binti Ismail

GPK Kokurikulum

 

Guru-guru kanan mata pelajaran, kaunselor, guru-guru  serta

Rakan-rakan  yang dikasihi sekalian.

 

Alhamdulillah.  Dipanjatkan  kesyukuran,  kerana  dengan  izin  serta

limpah  rahmat-Nya  kita  diberikan  peluang  untuk  bersua  di  Majlis

Sambutan Maal Hijrah peringkat  sekolah  SMK Datuk Abdullah  bagi tahun 2023 bersamaan 1445 Hijrah.

.

Ceramah

Sebelum memulakan ceramah, izinkan saya memperkenalkan terlebih dahulu biodata penceramah kita pada hari ini :

Nama Tuan Penceramah kita ialah Ustaz Amin Sarif. Beliau adalah :

 


Mohon rakan-rakan pelajar  memberi sepenuh perhatian dan mencatat maklumat penting dari ceramah ini.

 

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan AlFadhil Ustaz Amin Sarif untuk menyampaikan ceramah beliau. Mudahan-mudahan kita akan mengambil istifadah dari ceramah ini.

___

 

Jazakumullahu khairon kathira dan terima kasih diucapkan kepada  Al Fadhil ustaz, atas ceramah yang disampaikan. Semoga dapat kita beramal dengan ilmu yang telah disampaikan oleh al Fadil Ustaz sebentar tadi.

 

-----

 

Penyampaian cenderamata

Dan Jamuan

Majlis seterusnya menjemput Tuan Muzafar Nor Bin Muris, Pengetua SMK Datuk Abdullah  untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada Alfadil Ust Amin Sarif. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

--------------

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

 

Jemputan Jamuan makan

Majlis seterusnya mempersilakan Alfadil Ustaz Amin Sarif bersama-sama Tuan Muzafar Nor Bin Muris ke kantin sekolah,  untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

 

*********penceramah dah keluar dari dewan ****************

 

 

(Qasidah tolaal badrul)

 

Qasidah Tolaal badrul

Hadirin sekelian, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian qasidah Tolaal Badrul secara beramai- ramai. Majlis dengan ini menjemput

 

 …………………………………………………….. untuk mengetuai nyanyian qosidah ini.

 

_________________________________________________

 

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 

****selesai persembahan***

 

Terima kasih diucapkan kepada ………………………  kerana mengetuai nyanyian qosidah tolaal badrul sebentar tadi.

 

 

Penutup

Hadirin yang dihormati,

Dengan   berakhirnya   nyanyian qasidah sebentar tadi, maka  berakhirlah majlis  sambutan maal hijrah  kita  pada  tahun  ini.

 

Diharapkan  sambutan  ini  akan menyuntik  semangat  hijrah dan perubahan di dalam diri kita ke arah yang lebih baik dan mengingatkan kita akan tanggungjawab bersama untuk mempertahankan agama Islam yang dimuliakan Allah.

 

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan negara.

 

 

 

 

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta

 

 

Setinggi - tinggi penghargaan  diucapkan  kepada  semua  guru  dan

pelajar  atas kehadiran dan  kerjasama  yang  diberikan.

 

Kita akhiri Majlis Sambutan maal hijrah ini dengan tasbih kaffarah dan suratul asr.

.

Sekian terima kasih

. WAssalamualaikum W.B.T.

 

Para pelajar diminta untuk menyusun semula kerusi-kerusi  ke belakang dewan dalam keadaan kemas, teratur dan tersusun.

 

 

 


Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM