Enjin tak boleh start

Saya ingin kongsikan pengalaman saya tentang enjin tidak boleh start. Kereta KANCIL saya pernah mengalami banyak pengalaman tak boleh start.

Antara sebab-sebab utamanya ialah :


1) Wayar kereta berkarat.

Wayar kereta yang berkarat menyebabkan kuasa elektrik dari bateri tidak dapat disalurkan seterusnya menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan dan lampu icon bateri di meter langsung tidak menyala.


Cara penyelesaiannya secara pantas : kikis karat besi di wayar tersebut atau curahkan air panas. Utk jangka masa panjang,tukar wayar baru.



2) Wayar bumi diikat pada body kereta tidak cukup.
 Jadi enjin tak boleh hidup. Cara penyelesaian, Tambah wayar bumi ikat pada body kereta.

3) Alternator kereta sudah rosak atau 'kong'
Dia akan memakan bateri kereta menyebabkan bateri habis begitu sahaja.

    
Cara penyelesaian : Tukar baru. Harga sekitar RM 80-100 SECONDHAND dalam Mudah.com.my. Baru pula sekitar RM 150- RM168 di dalam Lelong.com.my ( https://www.lelong.com.my/kx/alternator+kancil.htm )

4) Bateri kereta habis

Car Battery Myvi, Kancil, H City, Alza, Viva

Cara penyelesaian : Tukar baru. Harga sekitar RM 120-190  dalam Mudah.com.my.


5) Starter rosak
Starter sudah rosak atau kong menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan. 
Perodua Kancil Starter Motor Auto or ManualRecond New Perodua Kancil Starter Motor

Cara penyelesaian : Tukar baru. Harga sekitar RM 120  dalam Mudah.com.my.

6) Distributor rosak
Distributor rosak menyebabkan minyak petrol tidak sampai pada enjin dan enjin tidak dapat dihidupkan.

Distributor Perodua Kancil CDIPerodua Kancil Distributor NewDistributor kancil 850cc ori

Cara penyelesaian : Tukar baru. Harga sekitar RM 180  dalam Mudah.com.my.

Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Jika ada kesilapan fakta saya memohon tolong maklumkan kepada saya supaya dapat  dibetulkan. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada pengguna kereta yang menghadapi masalah yang sama seperti saya.


Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM