Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan


Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Bismillah..
Assalaamualaikum wbt.

مَن صامَ رَمضانَ إِيمانًا و احْتِسابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِه.
Siapa yang berpuasa dgn penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah maka akan diampunkan segala dosa2nya yang lalu.( riwayat al-Bukhari)

“Kedatangan Ramadhan amat dinanti, pemergianmu amat ditangisi”.

Yang dihormati Tuan Saiful Bahrin bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail, yang berusaha Puan Maimun bt Bahari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Tuan Haji Zaidi bin Ujang, wakil Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Mohd Zuraidi Bin Abu Bakar, wakil Guru Penolong Kokurikulum, barisan guru-guru serta rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi dgn limpah dan kurniaNya , kita dpt berkumpul bersama pada pagi Jumaat terakhir dlm bulan Ramadhan pada kali ini.
Pada permulaan hari yang berkat ini, mari bersama2, kita menadah tangan memohon doa kepada Ilahi agar memberkati majlis kita pada hari  ini.

Dengan ini , majlis menjemput …………………… untuk meminpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
……..
Terima kasih atas pimpinan doa sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis dgn ini menjemput Tuan Pengetua Ust Saiful Bahrin Bin Abu untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
……………….
Terima kasih atas ucapan tuan pengetua sebentar tadi.

Orang yg berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan . Pertama ialah ketika ia berbuka dan yg kedua ketika ia bertemu Tuhannya  .(hadis riwayat Bukhori dan Muslim )

Kini tiba masanya acara penyampaian hadiah buat para pemenang pertandingan penulisan Risalah Ramadhan bagi para guru, Pertandingan Tahfiz Muda bagi para pelajar dan penyampaian hadiah untuk Imam dan Bilal Solat Tarawikh beserta penyampaian sumbangan raya kepada anak-anak yatim.
Majlis menjemput Tuan Saiful Bahrin bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail dan diiringi oleh Ustazah Hajah Zarina Mat Tahir untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
……………..
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas penyampian hadiah dan sumbangan raya sebentar tadi.
                               

Berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.


Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.

Sekian, terima kasih.

Kita tangguhkan majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al asr.


wassalaaaamua’laikum wbt.

Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM