TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN MTQ

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MTQ
PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011/ 1432

TARIKH        : 14 APRIL 2011/ 10 JAMADIL AWAL 1432
MASA                        : 12.00 PM

12.00 pm         : Ketibaan Peserta, Guru Pengiring dan Hakim
12.15 pm         : Ketibaan Perasmi


a :        




b :        -     Yang Berusaha Puan Hajah Juliah Bt Hj Leman, Pengarah Pelajaran Negeri
Melaka
-         Yang Berusaha Tuan Hj Ismail B Mohd, Ketua Sektor Pendidikan Islam
-         Yang Berusaha Puan Hajah Hamizah Bt Hassan, Pengetua Cemerlang SMKA Sharifah Rodziah
-         Yang Berusaha Pengetua-pengetua, Guru besar- guru besar atau wakil, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran, Para jemputan, guru-guru dan para pelajar yang dihormati sekalian

a :




b :        Sirih berlipat sirih pinang
            Sirih dari Pulau Mutiara
            Pemanis kata selamat datang
            Awal Bismillah pembuka bicara

            Agah-agah si burung hutan
            Pinggiran jati terbang berteman
            Indah-indah majlis sambutan
            Syukur dihulur bersulam senyuman

            Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah kita bersama-sama berkumpul dan menjayakan Majlis Tadarus Al Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2011/ 1432
            ’Al Quran Teras Kesejahteraan Umat Gemilang’

·        UCAPAN KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

a :


·        UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

b :        Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.      Kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan daripada Yang Berusaha Puan Hajah Juliah Bt Hj Leman, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka seterusnya merasmikan penutupan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Negeri Melaka pada hari ini.
           Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan.

Demikian tadi ucapan daripada Yang Berusaha Puan Hajah Juliah Bt Hj Leman, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
           
·        LAPORAN KETUA HAKIM

b :        Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tuan Haji Zaabar B Abu Bakar, Ketua Hakim MTQ bagi memberikan ulasan.

            Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ulasan ketua hakim sebentar tadi.

·        PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL

b :        Bagi menyampaikan hadiah dan sijil, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Juliah Bt Hj Leman, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka
diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Hj Ismail B Mohd, Ketua Sektor Pendidikan Islam
dan Yang Berusaha Puan Hajah Hamizan Bt Hassan, Pengetua Cemerlang SMKA Sharifah Rodziah untuk naik ke pentas.

*rujuk keputusan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Juliah Bt Hj Leman, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka diatas penyempurnaan penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.

·        BACAAN DOA OLEH USTAZ MOHD IKRAM B ABDUL LATIF

a :                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
b :        Tetak Buluh Panjang Suluh
 Jolok Pauh Biar Cermat
            Angkat Doa Jari Sepuluh
            Doa Minta Biar Berkat

Dengan berakhirnya bacaan doa sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis
Tadarus Al Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2011/ 1432.  

Sebelum majlis diumumkan bersurai, kami berbesar hati menjemput dan mempersilakan para jemputan serta hadirin dan hadirat ke dewan makan asrama untuk menjamu selera menikmati juadah yang disediakan.


b :        Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan majlis ini yang sudah pun berada dipenghujungnya. Maka dengan ini majlis mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jemputan yang sudi hadir menyerikan majlis ini dan tidak dilupakan seisi warga kerja yang telah mencurahkan keringat menjayakan majlis ini.
Setiap kelemahan dan kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini, kami pohon ribuan kemaafan.
           
            Kita tangguhkan majlis kita pada hari ini dengan bacaan sural Al Asr dan tasbih
Kafarah.
            Sekian, semoga bertemu lagi pada waktu lain dan ketika. InsyaAllah.
            Wabillahi Taufik Walhidayah..Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.


                                                                                                

Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM