TEKS/ SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH




SKRIP
PENGACARA
HARI  ANUGERAH KECEMERLANGAN
KALI KE-19
TAHUN 2015

TARIKH
10.MEI.2015 (AHAD)

MASA
8.00 PAGI

TEMPAT
DEWAN ANNUR

PENGUMUMAN

Makluman kepada sidang hadirin
Sukacita dimaklumkan bahawa majlis ini akan dirasmikan oleh
yg BerbahagiaTuan  Wan Ramdzan bin Wan Mamat,Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.Mohon perhatian hadirin  yang dimuliakan ,majlis akan bermula sebentar lagi.Oleh itu para hadirin diminta berada di tempat duduk masing-masing.Saya akan umumkan beberapa etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis rasmi ini.
1.Sila pastikan telefon anda berada dalam mode senyap.
2.sebagai tanda hormat hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat diumumkan.
3.Berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku
4.Duduk dikerusi yang telah ditetapkan.Tidak keluar masuk dewan setelah mengambil tempat duduk
5.Hadirin diminta agar terus berada di dewan sehingga tetamu kehormat  meninggalkan majlis.
Sekian.Segala kerjasama dan perhatian tuan-tuan dan puan-puan diucapkan ribuan terima kasih.

1MENGUMUMKAN  KETIBAAN …………………..
Yang Berbahagia                                                   
Tuan  Wan Ramdzan bin Wan Mamat
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bersama-sama tetamu kehormat

2.NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Hadirin diminta  menyanyikan Lagu Negaraku bersama iringan muzik.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih .Hadirin dipersilakan duduk.



3.ASSALAMUALAIKUM WBKT.
SALAM SATU MALAYSIA
SOLUTASI
Yang Berbahagia                                                           

Tuan  Wan Ramdzan bin Wan Mamat
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Dihormati,                                                                     

Encik mohd. wazir bin Hamzah
Ketua sektor pendidikan islam
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
 

Yang berbahagia                                                                    
Datin Hjh Naemah binti Ahmad Dahalan
Pegawai Pendidikan Daerah Rembau


Yang berusaha                                                                       

En. Saiful Bahrin bin Abu
Pengetua
SmkA Dato’ hj. Abu Hassan hj. Sail
                                                                       

Encik Aminurrahman  bin Rasyid Ali
Yang dipertua PIBG
SMKA Dato’ hj. Abu Hassan hj. Sail
Pegawai-pegawai jabatan pendidikan negeri sembilan,
Pegawai –pegawai pendidikan daerah rembau,
Ahli jawatankuasa PIBG
guru-guru
Barisan penerima anugerah kecemerlangan
,ibu bapa
serta  hadirin yang dirahmati Allah

3       Tetamu Kehormat telah pun tiba
                   hadirin jemputan duduk bersama
Buat tetamu dan hadirin yang mulia,
kami sambut dengan rasa kasih mesra,
kami sambut dengan  wajah ceria ...
Selamat Datang ke  Majlis  Anugerah Kecemerlangan
 SMKA Dato’ Hj Abu Hassan Hj Sail     kali ke -19  tahun 2015.


****4.Sebagai mukaddimahnya bersama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt atas limpahan kasih dan kurniaNYa,dapat kita berhimpun dalam warna pagi nan  damai mesra .untuk meraikan penerima anugerah   kecemerlangan .

5. Hadirin yang dimuliakan
Memulakan atur langkah majlis,
Sebagai santapan jiwa kita pagi ini
Dengan penuh takzim
Majlis Menjemput adik  Mohamad Haiqal b Zaidinor,ting 2k
Untuk memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran
Dari surah ANNur ayat 35-39.
Majlis mempersilakan.

6.Majlis merakamkan setinggi –tinggi Terima kasih atas bacaan  ayat –ayat suci AlQuran itu tadi.Untuk makluman hadirin adik Mohd Haiqal merupakan johan pertandingan Tilawah Quran Daerah  Rembau  2015.



****.6.Susun Atur  majlis diteruskan lagi
 Pembuka bicara bak sireh sekapur
Majlis dengan ini mempersilakan En.Saiful Bahrin b Abu
Pengetua SMKA dato Haji Abu Hassan Hj Sail untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

7.Seterusnya majlis  mempersilakan  En.Aminurrahman b Rashid Ali ,Yang Dipertua PIBG  SMKA Dato. Hj Abu Hassan Hj Sail untuk   memberikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang disampaikan.

8.Acara majlis menyusul lagi,
Salam penghormatan bicara  tuan,
Ucapan perasmian mohon laluan
Majlis dengan ini mempersilakan Yg Berbahagia Tuan wan Ramdzan bin Wan mamat,.Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pendidikan Malaysia  untuk menyampaikan ucapan perasmian  Hari Anugerah Kecemerlangan SMKA DHAHHS kali ke-19  tahun 2015.
Dipersilakan
Majlis mengucapkan  ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan .

9.Hadirin yg dimuliakan
Kita berehat seketika..beralih  rasa dengan menikmati selingan  berirama, berupa persembahan Nasyid dari kumpulan Tajdid.  
Dipersilakan.

PERSEMBAHAN NASYID
.Demikianlah tadi persembahan nasyid dari kumpulan Tajdid.
....................................................................................................
Majlis merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih

******10akak.Acara   kita teruskan.
Kini tibalah masa yang dinanti,
Saat Meraikan penerima bertuah
yang telah melakar sejarah indah  sekolah,
Dengan penganugerahan sijil dan hadiah

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En.Saiful Bahrin b Abu,Pengetua SMKA Dato; Hj Abu Hassan Hj Sail untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Wan Ramzan b Wan Mamat untuk menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil .Dipersilakan.

11.Mendahului senarai penerima anugerah akademik tingkatan 1
(RUJUK LAMPIRAN)

******KR4.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih  atas penyempurnaanPenyampaian anugerah Kecemerlangan Akademik sebentar tadi

12. Kata Pujangga
 duduk tegak dengan budi
Adat berdiri dengan tanda
Tika orang elok berbudi,kita manis berbahasa
Sebagai  tanda  penghargaan dan terima kasih  majlis mempersilakan En.Saiful Bahrin b Abu menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada yg Berbahagia Tuan Wan Ramzan  b Wan Mamat ,Pengarah Bahagian Pendidikan Islam .Kementerian pendidikan Malaysia.
Majlis mempersilakan.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih .

*****akak13.Sebelum menutup tirai  majlis marilah kita menadaah tangan Mengaminkan  bacaan doa  yang akan dibacakan oleh AlFadhil Ustaz Muaz b.Imam Sufaat.Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

14.Majlis kita telah tiba di titik noktahnya.Sempurnalah sudah Majlis Anugerah Kecemerlangan  kali ke-19 tahun 2015.
Saya bagi phak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia  Tuan Wan Ramzan b Wan mamat dan tetamu kehormat  atas kesudiaan hadir ke majlis ini.Tidak lupa kepada semua  penerima anugerah  ,para guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis ini berlangsung.
Andai ada kata-kata sumbang tika berbicara
Andai ada salah  silap di mata,
Kemaafan JUA dipinta.

Sebelum beredar majlis mempersilakan  semua tetamu DAN  HADIRIN untuk menjamu selera di kantin sekolah.

Kita tangguhkan majlis kita dengan membaca tasbih kafarah Dan Surah Al AS.

Jumpa lagi di lain arena
Wabillah.....  








Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM