Jari putus


Tadi ziarah sahabat sekerja di Hospital Besar Seremban. Jarinya ada yg 'gobong' di hujungnya dan ada yang hancur dan putus di hujungnya. Puncanya kerana letak minyak hitam dengan meratakan rantai dengan menadah minyak hitam pada plastik dan menekan gear satu supaya rantai sentiasa bergerak. Ini akan menyebabkan minyak hitam dapat diratakan ke seluruh rantai. Tapi, takdir Allah, dia terlalai melihat anaknya seketika dan plastik itu ditarik ke spoket motor tanpa disedari dan tertarik skali jarinya ke dalam itu.
Semoga kita berhati-hati selepas ini semasa meletakkan minyak hitam ke rantai motor.

Moral of the story : gunakanlah botol pelincir atau berus untuk meletakkan minyak hitam di rantai. Biarlah tak berapa rata janji keselamatan terjaga insyaAllah.




Comments

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM