8 sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start

8  Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

8 sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start. Bagi pemandu kereta, ada satu masalah yang paling kita takuti bila drive kereta. Mati enjin. Rasanya semua orang yang drive kereta pernah terkena masalah ini kan?dan saya juga selalu menghadapinya. Awal pagi nak pergi kerja, bila masuk kereta, enjin pula tak mahu hidup. Puas tekan minyak dan pusing kunci, enjin masih juga tak mahu hidup. Stress..  Jadi di bawah ini disenaraikan 8 sebab mengapa enjin kereta anda tidak boleh start. Silakan membaca.






1. Bateri kereta kong

Ini merupakan punca no 1 kenapa enjin kereta tak dapat hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Itu maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak dapat mengecaj dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk start enjin. Jadi sila tukarkan bateri anda dengan segera.






2. Kabel bateri kotor

Bila start saja enjin, langsung tak ada bunyi. crank.. crank.. tak ada, bunyi klik pun tak ada. Ok, ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan power dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.





3. Spark plug rosak

Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... lampu semua menyala, tapi enjin tak juga hidup-hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite. Jadi jangan panik, telefon mekanik dan suruh mereka tukar spark plug. Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa slow dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda.





4. Starter rosak

Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start. Ya lah, starter kan sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.






5. Fuel filter tersumbat

Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil. Ini masalah kecil sahaja, tapi masalah ini tetap akan membuat kereta anda tidak dapat dihidupkan. Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.






6. Fuel pump rosak

Ini lebih kurang macam sebab no.5 di atas, cuma kosnya pembaikannya lebih besar. Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta. Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark plug dapat membakar minyak tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran terjadi barulah kereta boleh bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari tangki tidak akan dapat dipam masuk ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta anda tidak dapat dihidupkan.






7. Minyak kereta habis

Percaya atau tidak, ramai pemandu yang tidak alert langsung dengan level minyak kereta mereka. Mereka memandu dengan penuh riang tiba-tiba kereta stop. Bila nak start balik, tak dapat. 

8. Alternator Rosak

Alternator berfungsi utk mengecas bateri. Jika alternator rosak boleh menyebabkan kereta tak boleh start.

Comments

  1. asalamualaikum.. nak tya kenapa kereta alza saya xboleh start bila start je lampu semua on terang tp xleh strt cek betry ok bru setahun guna. apa masalah kerete saya ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta saya juga. Kita tukar starter baru.. enjin hidup. Then bila berhenti. Sudah tak boleh start.. sudah 3 hari kereta saya di workshop.. adakah ENCIK sudah temui jawapan PERMASALAHAN ini. Please share. Thanks a lot.

      Delete
    2. Mungkin salah satu sebab di atas atau ada sebab lain. Kena pergi ke bengkel berdekatan yg dipercayai utk cek dgn tenaga pakar. InsyaAllah ada penyelesaiannya. Dah tau punca ,shere sini ya supaya ramai dapat manfaat.

      Delete

Post a Comment

.Assalammualaikum. السلام عليكم
.Sudi-sudi La Komen Yer.(^_^)
.TQ.

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM