Ungkapan ringkas Bahasa Arab 1



Hari ini saya ingin berkongsi beberapa ucapan atau ungkapan ringkas di dalam bahasa Arab

1) Bertanya kawan bilakah hari peperiksaan bermula
مَتىَ يَبدَأُ الاِمتِحَان يا َصَدِيقِي؟   (? mataa yabdau al-imtihan yaa sodiiqii )
Makna :Bila peperiksaan bermula wahai kawanku?

2) Ucapan selamat hari lahir kepada rakan anda
كُلُّ سَنَة وَأَنتَ طَيِّب / عِيدُ مِيلاَدُكَ المبُاَرَك يا َصَدِيق
(kullu sanah wa anta toyyib / eid miiladuka almubarak ya sodiiq)
Makna : Setiap tahun semoga kau dlm keadaan baik/ selamat hari lahir wahai kawan!

3) Abang melarang adik bercakap dalam masjid
 لاَ تَتَكَلَّمْ فِي المَسْجِد يَا أَخِي! (laa tatakallam fil masjid ya akhi!)
Makna : Jangan bercakap dalam masjid wahai adikku!

4) Guru meminta pelajar-pelajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran
اِجْتَهِدُوا يَا طَلَبَتِي فِي الدَّرْسِ  (ijtahiduu yaa tullaabii fii addarsi!)
Makna :Bersungguh-sungguhlah wahai pelajar-pelajarku dalam pelajaran!

5) Memberitahu tetamu bahawa ayah anda pergi kerja
أَبِي يَذْهَبُ إِلَى الْعَمَلِ ياَ ضَيْفِي  ( Abi yazhabu ila al-a'mal ya dhoifi)
Makna : Ayahku pergi kerja wahai tetamuku
 

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

.Assalammualaikum. السلام عليكم
.Sudi-sudi La Komen Yer.(^_^)
.TQ.

Popular posts from this blog

Skrip Pengacara Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2016

Teks ucapan Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Doa Majlis Penerimaan Slip SPM